May 18, 2015

Hati

Bismillah.

Alhamdulillah hidup aku kt kolej baru sangat okay even adalah sikit masalah. Apa pun, syukur, Sangat bersyukur untuk apa yang Allah rancang. Aku bebetul penat dengan semua yang jadi. Sumpah penat hadap manusia. Nangis, marah, kecewa semua tu dah jadi kosong. Takde istilah kawan rasanya dalam dunia, Manusia cuma satu singgahan. Takan ada yang kekal abadi melainkan Allah. Bagi aku istilah kawan baik tu takde. Aku bercakap seolah umur aku terlampau mengenali dunia. Haha tidak. Aku cuma penat apa yang aku alami selami ni. Tapi siapalah aku, untuk menghalang Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya. Kerdil rasa diri ni ngadap Ilahi. Malu. Berjuta doa aku kirimkan dri setiap sujud, Allah tetap mendengar walaupun aku ingkar akan arahanNya,

Terima kasih Tuhan. Kerana Engkau mematangkan aku. Kerana Engkau aku kenal siapa yang kekal siapa yang pergi. Kerana Engkau aku kenal erti kehidupan. Kerana Engkau aku tabah hadapi ujianMu. Kerana Engkau aku lebih kenal siapa manusia. Kerana Engkau aku belajar menorak langkah sendiri tanpa bantuan sesiapa melainkanMu.

Kosong fikiran bila melihat manusia. Rasa penat, lelah. Betul apa mak cakap, bila kita susah takde siapa mampu faham dan tolong. Muaknya aku terhadap perangai manusia sampai aku tak mampu berkata apa-apa. Cuma mampu lihat, senyum. Kadang-kadang berkaca juga mata.

Hati.

Tolong sabar. Tolong tabah. Tolong muhasabah. Allah ada. Apa pun berlaku, tolong jaga emosi. Sebab kau dah rasa semua pahit manis. Tolong. Jangan pendam, jangan dendam. Berdoalah.

Dec 16, 2014

penganggur

macam biasa aku mula hidup aku. Bangun pagi, mandi terus ke dapur cari makanan takpun masak then malam menaip rintihan yang takde kesudahan--

Seronok ke jadi penganggur kau fikir?
Macam takde masa depan. Aku lupa ada orang dah hancurkan semua tu.

aku cuma nak belajar. Banggakan mak abah and atok. Capai cita-cita and impian aku. Kenapa lah sehebat ni wahai dugaan? Sumpah tak lawak. Aku sebenarnya tak faham apa jalan cerita aku and apa Allah nak tunjuk. Aku dah give up. Kalaulah aku tahu apa hikmah yang berlaku semua ni....

Tolonglah ya Allah--

aku terlalu terlampau tersangat buntu. Aku 'butuh' pertolongan Engkau, Tuhan. Beri aku petunjuk.






Tolong.